Data Privacy Policy
Servier Malaysia Sdn Bhd (Registration No. 199701036026 (451526-M)) ("Servier Malaysia" or "We"), with the address of 25-02, Level 25, Imazium, No. 8, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, offers this website (hereinafter referred to as "Our Site") in order to provide information on hemorrhoidal disease, chronic venous disease and Daflon.
We respect the privacy of everyone who uses Our Site and only collect, use and process your Personal Data (as hereinafter defined) as described in this Data Privacy Policy.
By using Our Site, providing your Personal Data on Our Site or by communicating with Servier Malaysia on Our Site, you acknowledge and consent to the collection, use and processing of your Personal Data as detailed in this Data Privacy Policy.
This Data Privacy Policy only applies to your use of Our Site.
1. What data do we collect?
We may collect some or all of the following personal data from users of Our Site (“Personal Data”):
-
Data that you give to us through your use of Our Site including:
-
When you provide your data on the ‘Contact Us - Servier’ page, which would include provision of your data such as your name, email address, telephone number, postal address.
-
When you provide your data on the ‘Report a Side Effect’ page, which would include provision of data such as your name, email address, telephone number, your location (such as the country you are located in), name of the product concerned and the dosage, description/details of the side effects that you have experienced and any photo or video you may have uploaded regarding the side effects that you have experienced, for our reference.
-
Data that we collect automatically for statistical purposes using cookies on Our Site which would include data such as: pages visited, dates and times of access, preferred content, operating system, type of browser used, type of hardware used, etc. It must be noted that our statistics cookies do not allow the personal identification of a natural person.
Provision of your Personal Data on Our Site is voluntary. However, if you do not provide your Personal Data we may not be able to effectively communicate or respond to you regarding your requests, queries or reports.
2. How do we use your Personal Data?
Your Personal Data may be used for the following purposes:
-
To produce statistical analyses of Our Site, particularly of site traffic.
-
To manage and improve Our Site for optimal user browsing.
-
To communicate with you and to respond to your requests, questions or reports and to provide you with assistance, if needed.
-
To monitor requests or reports made about our products or services.
-
To process pharmacovigilance case reports regarding our products or services.
-
To comply with the legal and regulatory obligations applicable to Servier Malaysia.
3. What are your rights?
You have the right to request access and obtain information about your Personal Data; update or correct your Personal Data; restrict or limit the processing of your Personal Data by contacting our Compliance and Policy Manager:
-
by telephone at the following number: +603-77263866
-
by email, at the following email address: mypdpa@servier.com
Should you have any queries or complaints regarding our processing of your Personal Data, you may contact us using the contact information above.
4. How long do we keep your Personal Data?
We process your Personal Data for only as long as it is necessary and for as long as we are required to do so under the relevant statutory limitation periods, applicable laws, regulations as well as our internal policies.
5. How do we safeguard your Personal Data?
We have put in place appropriate and commercially reasonable technical and organisational security measures to store your Personal Data that we collect and keep confidential and to protect them against unauthorised or unlawful disclosure or access, accidental loss, destruction, alteration or damage taking into consideration state of the art technology and the cost of implementation.
6. Do we share your Personal Data?
Your Personal Data processed by Servier Malaysia will only be accessible by a limited list of recipients on a need-to-know basis or where required by law, including but not limited to:
-
The departments and personnel of Servier Malaysia and other legal entities of the Servier Group with a need to know.
-
The suppliers and service providers of Servier Malaysia, particularly those responsible for hosting Our Site, producing Our Site, who may be called upon to access the personal data of users for purposes strictly necessary for their work.
-
The competent legal and regulatory authorities such as the health authorities or law enforcement authorities.
Some of the recipients above may be located in a jurisdiction outside of Malaysia and you hereby acknowledge and consent to the transfer of your Personal Data to such locations outside of Malaysia to the third parties identified above and for the purposes indicated in this Data Privacy Policy.
7. Personal Data from other individuals
Our Site is not intended for minors (individuals under 18 years of age) and we do not knowingly collect any personal data of minors. As such, please do not provide any personal data of minors on Our Site.
In some circumstances you may provide or submit Personal Data relating to other individuals (such as your family members) on Our Site and in such circumstances you represent and warrant that you are authorised to provide their Personal Data to us, and you have obtained their consent for their personal data to be processed and used in the manner as set forth in this Data Privacy Policy.
8. Applicable law and Conflict in language versions
This Data Privacy Policy is governed by Malaysian law.
In the event of a conflict between the information presented in the English version of this Data Privacy Policy and other language versions of the Data Privacy Policy, the English version shall prevail.
Dasar Privasi Data
Servier Malaysia Sdn Bhd (No. Pendaftaran 199701036026 (451526-M)) ("Servier Malaysia" atau "Kami"), dengan alamat 25-02, Tingkat 25, Imazium, No. 8, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, menawarkan laman web ini (selepas ini dirujuk sebagai "Laman Kami") untuk memberikan maklumat mengenai penyakit hemoroid/buasir, penyakit vena kronik dan Daflon.
Kami menghormati privasi setiap orang yang menggunakan Laman Kami dan hanya mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah) seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Data ini.
Dengan menggunakan Laman Kami, memberikan Data Peribadi anda pada Laman Kami atau dengan berkomunikasi dengan Servier Malaysia pada Laman Kami, anda mengakui dan memberi persetujuan kepada pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diperincikan dalam Dasar Privasi Data ini.
Dasar Privasi Data ini hanya digunakan bagi penggunaan Laman Kami oleh anda.
1. Apakah data yang kami kumpulkan?
Kami mungkin mengumpul sebahagian atau semua data peribadi berikut daripada pengguna-pengguna Laman Kami (“Data Peribadi”):
-
Data yang anda berikan kepada kami melalui penggunaan Laman Kami oleh anda termasuk:
-
Apabila anda memberikan data anda pada halaman ‘Hubungi Kami – Servier’, yang akan merangkumi pemberian data anda seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat pos anda.
-
Apabila anda memberikan data anda pada halaman 'Laporkan Kesan Sampingan', yang akan merangkumi pemberian data seperti nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, lokasi anda (seperti negara yang anda berada), nama produk yang berkenaan dan dos, penerangan/perincian kesan sampingan yang anda alami dan/atau mana-mana foto atau video yang mungkin anda muat naik mengenai kesan sampingan yang anda alami, untuk rujukan kami.
-
-
Data yang kami kumpulkan secara automatik untuk tujuan-tujuan statistik menggunakan kuki pada Laman Kami yang akan merangkumi data seperti: halaman yang dilawati, tarikh dan masa akses, kandungan pilihan, sistem pengendalian, jenis penyemak imbas yang digunakan, jenis perkakasan yang digunakan, dll. Sila ambil perhatian bahawa kuki statistik kami tidak membenarkan pengenalan peribadi suatu orang atau individu.
Pemberian Data Peribadi anda pada Laman Kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat berkomunikasi atau membalas dengan berkesan kepada anda berkenaan permintaan, pertanyaan atau laporan anda.
2. Bagaimanakah kami menggunakan Data Peribadi anda?
Data Peribadi anda mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Untuk menghasilkan analisis statistik Laman Kami, terutamanya trafik laman.
-
Untuk mengurus dan menambah baik Laman Kami bagi pelayaran laman yang optimum untuk pengguna.
-
Untuk berkomunikasi dengan anda dan untuk membalas permintaan, pertanyaan atau laporan, serta untuk menyediakan bantuan kepada anda, sekiranya perlu.
-
Untuk memantau permintaan atau laporan yang dibuat tentang produk atau perkhidmatan kami.
-
Untuk memproses laporan kes farmakovigilans mengenai produk atau perkhidmatan kami.
-
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia yang terpakai kepada Servier Malaysia.
3. Apakah hak-hak anda?
Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan mendapatkan maklumat tentang Data Peribadi anda; mengemas kini atau membetulkan Data Peribadi anda; mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi Pengurus Pematuhan dan Dasar (Compliance and Policy Manager) kami:
-
melalui telefon, di nombor berikut: +603-77263866
-
melalui e-mel, di alamat e-mel berikut: mypdpa@servier.com
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan di atas.
4. Berapa lama kami menyimpan Data Peribadi anda?
Kami memproses Data Peribadi hanya selama diperlukan dan sepanjang tempoh kami dikehendaki berbuat demikian di bawah had masa statutori yang berkaitan, undang-undang, peraturan yang terpakai serta dasar-dasar dalaman kami.
5. Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?
Kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai dan munasabah dari segi komersial untuk menyimpan Data Peribadi anda yang kami kumpul dan rahsiakan serta untuk melindungi Data Peribadi tersebut daripada pendedahan atau akses yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang, kehilangan tidak sengaja, kemusnahan, pengubahan atau kerosakan dengan mengambil kira teknologi terkini dan kos pelaksanaan.
6. Adakah kami berkongsi Data Peribadi anda?
Data Peribadi anda yang diproses oleh Servier Malaysia hanya boleh diakses oleh senarai penerima yang terhad atas dasar yang perlu-tahu (need-to-know) atau jika dikehendaki oleh undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
-
Jabatan-jabatan dan kakitangan Servier Malaysia dan entiti-entiti undang-undang Kumpulan Servier atas dasar perlu-tahu (need-to-know).
-
Pembekal dan penyedia perkhidmatan Servier Malaysia, terutamanya pihak-pihak yang bertanggungjawab atas pengehosan Laman Kami, penghasilan Laman Kami, yang mungkin dilantik/ditugaskan untuk mengakses Data Peribadi pengguna bagi tujuan-tujuan yang diperlukan untuk kerja mereka.
-
Pihak berkuasa undang-undang dan kawal selia yang kompeten seperti pihak berkuasa kesihatan atau pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.
Sebahagian daripada penerima-penerima di atas mungkin berada dalam bidang kuasa di luar Malaysia dan anda dengan ini mengakui dan memberi persetujuan kepada pemindahan Data Peribadi anda ke lokasi tersebut di luar Malaysia kepada pihak-pihak ketiga yang dikenal pasti di atas dan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Data ini.
7. Data Peribadi daripada individu-individu lain
Laman Kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak bawah umur (individu-individu di bawah umur 18 tahun) dan kami tidak mengumpul sebarang data peribadi kanak-kanak bawah umur secara sengaja. Oleh demikian, sila jangan berikan sebarang data peribadi kanak-kanak di bawah umur pada Laman Kami.
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu-individu lain (seperti ahli-ahli keluarga anda) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi mereka mengikut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Data ini.
8. Undang-undang terpakai dan Percanggahan antara versi-versi bahasa yang lain
Dasar Privasi Data ini dikuasai oleh undang-undang Malaysia.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara maklumat dalam versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi Data akan diguna pakai.
2024